Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Thailand kalahkan M'sia; bertemu Vietnam dalam perlawanan peringkat akhir Piala AFF Mitsubishi Electric

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand kalahkan M'sia; bertemu Vietnam dalam perlawanan peringkat akhir Piala AFF Mitsubishi Electric

(Gambar: Facebook/FAMalaysiaOfficial)

BANGKOK: Impian Harimau Malaya untuk mara ke perlawanan akhir Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 tidak kesampaian apabila tewas 0-3 di tangan juara bertahan, pasukan Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Thammasat, Bangkok, pada Selasa malam (10 Jan).

Malaysia tewas dengan agregat 1-3 apabila gagal menggunakan kelebihan satu gol diperoleh pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu (7 Jan).

Menurut laporan Astro Awani, jurulatih pasukan Malaysia Kim Pan-gon dilihat menggunakan strategi bertahan dengan menurunkan lebih ramai pemain pertahanan untuk memastikan kelebihan satu jaringan sebelum ini dapat dikekalkan.

Namun, Thailand tetap memburu kemenangan dan berjaya memperolehi gol pertama pada minit ke-18 menerusi jaringan Teerasil Dangda.

Separuh masa pertama berakhir dengan Thailand mengatasi Malaysia 1-0.

Sembilan minit separuh masa kedua bermula, Bordin Phala menembusi gawang pasukan Malaysia dengan menjaringkan gol kedua bagi Thailand, seperti dinukil Astro Awani.

Adisak Kraison yang bakal menyarung jersi Terengganu FC menambah luka Harimau Malaya dengan menjaringkan gol ketiga Thailand pada minit ke-70.

Thailand bakal bertemu Vietnam dalam perlawanan akhir pertandingan serantau itu pada 13 dan 16 Januari nanti.

Malah, ia merupakan kali pertama kedua-dua pasukan itu akan beraksi bersama sejak 2008, apabila pemain Vietnam meraih kemenangan ke atas Thailand dengan agregat 3-2 sekali gus menjulang trofi bagi pertandingan tersebut.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan