Thailand julang Piala AFF Suzuki 2020; juara buat kali keenam
Thailand mengesahkan kejuaraan Piala AFF Suzuki menjadi miliknya buat kali keenam selepas menumpaskan Indonesia dengan agregat 6-2 di pentas final.
(Gambar: AFP)
KUALA LUMPUR: Thailand mengesahkan kejuaraan Piala AFF Suzuki menjadi miliknya buat kali keenam selepas menumpaskan Indonesia dengan agregat 6-2 di pentas final.
Pasukan Gajah Perang yang menang selesa 4-0 pada pusingan pertama, Rabu lalu terus mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang kejohanan kali ini apabila terikat 2-2 dengan Indonesia di Stadium Negara
Singapura.
Skuad Garuda beraksi lebih agresif kali ini apabila mendapat gol pertama seawal minit ketujuh menerusi rembatan pemain tengah Ricky Kambuaya.
Anak buah Alexandre Polking terpaksa menunggu pada separuh kedua untuk menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian Adisak Kraison pada minit ke-54 sebelum rembatan Sarach Yooyen meletakkan Thailand di hadapan 2-1, dua minit kemudian.
Indonesia terus mengasak gawang Pemain IndonesThailand dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Egy Maulana Vikri pada minit ke-80.
Kdudukan kekal 2-2 hingga tamat perlawanan.
Ini adalah kejuaraan keenam skuad Gajah Perang di pentas Piala AFF Suzuki selepas muncul juara pada 1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016.
Sementara itu, Indonesia terus kempunan menjulang trofi dengan bergelar naib juara Piala AFF Suzuki sebanyak lima kali sebelum ini iaitu pada 2000, 2002, 2004, 2010 dan 2016.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.