Thailand gelar juara Piala AFF buat kali ketujuh, menang dengan agregat 3-2
Thailand mempertahankan kejuaraannya di Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Mitsubishi Electric setelah menumpaskan Vietnam 1-0 pada pusingan kedua perlawanan akhir di Stadium Thammasat, Pathum Thain pada Isnin (16 Jan). Skuad Gajah Perang itu menang menerusi agregat 3-2 sekali gus menjulang Piala AFF buat kali ketujuh.

(Gambar: Reuters)
SINGAPURA: Thailand mempertahankan kejuaraannya di Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Mitsubishi Electric setelah menumpaskan Vietnam 1-0 pada pusingan kedua perlawanan akhir di Stadium Thammasat, Pathum Thain pada Isnin (16 Jan). Skuad Gajah Perang itu menang menerusi agregat 3-2 sekali gus menjulang Piala AFF buat kali ketujuh.
Kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi pertama di Hanoi, Jumaat lalu.
Kapten Thailand Theerathon Bunmathan, muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-24.
Kejayaan itu menyaksikan anak buah Alexandre Polking melebarkan rekod pasukan paling banyak memenangi Piala AFF selepas turut muncul juara pada edisi 1996, 2000, 2002, 2014, 2016 dan 2020.
Singapura pula pernah empat kali menjuarai Piala AFF pada 1998, 2004, 2007 dan 2012, di susuli Vietnam dua kali (2008 dan 2018), manakala Malaysia sekali (2010).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.