Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Terry Hee, Jessica Tan rangkul emas pertama regu campuran badminton Sukan Komanwel

Anggaran Waktu Membaca:
Terry Hee, Jessica Tan rangkul emas pertama regu campuran badminton Sukan Komanwel

Jessica Tan dan Terry Hee meraikan kemenangan mereka dalam peringkat akhir acara regu campuran badminton di Sukan Komanwel di Birmingham. (Gambar: Andy Chua/Commonwealth Games Singapore)

Diterbitkan : 08 Aug 2022 06:06PM Dikemas Kini : 08 Aug 2022 06:08PM

SINGAPURA: Terry Hee dan Jessica Tan merangkul pingat emas pertama untuk Singapura dalam acara badminton regu campuran di Sukan Komanwel pada Isnin (8 Ogos).

Pingat emas itu adalah yang pertama dimenangi Singapura bagi badminton di temasya Sukan Komanwel sejak 2002 dan hanya yang kedua secara keseluruhannya.

Pasangan suami isteri itu menundukkan Marcus Ellis dan Lauren Smith dari England 21-16, 21-15 di peringkat akhir yang berlangsung di Pusat Pameran Nasional Birmingham.

Hee dan Tan, yang menduduki tangga ke-35 di dunia, mara ke peringkat akhir setelah mengalahkan gandingan Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing dari Malaysia pada Ahad (7 Ogos).

Perlawanan mereka menentang Ellis dan Smith, pemain badminton nombor 10 dunia, menandakan penampilan pertama Singapura di peringkat akhir acara regu campuran badminton di Sukan Komanwel.

Anda boleh ikuti acara-acara Sukan Komanwel secara langsung di meWATCH atau sedutannya melalui saluran Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan