Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Terlalu awal jadikan e-sukan acara pingat Olimpik - IOC

Sebarang perbincangan untuk memasukkan e-sukan sebagai acara pingat pada Sukan Olimpik masih terlalu awal kerana struktur industri permainan elektronik itu sendiri, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Sabtu (8 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Terlalu awal jadikan e-sukan acara pingat Olimpik - IOC

Satu perlawanan e-sukan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 09 Dec 2018 03:49PM Dikemas Kini : 09 Dec 2018 03:56PM

BERLIN: Sebarang perbincangan untuk memasukkan e-sukan sebagai acara pingat pada Sukan Olimpik masih terlalu awal kerana struktur industri permainan elektronik itu sendiri, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Sabtu (8 Dis).

E-sukan, bahagian kompetitif permainan elektronik, mempunyai sekitar 250 juta pemain di seluruh dunia dalam pasaran bernilai AS$1 bilion (S$1.3 bilion) setahun dan semakin berkembang pesat.

Tahun lalu IOC mengiktiraf e-sukan sebagai aktiviti sukan dan ia akan menjadi acara pingat pada Sukan Asia 2022.

Ia membuat penampilan pertama pada temasya sukan itu sebagai sukan demonstrasi di Sukan Asia Jakarta-Palembang baru-baru ini.

Namun badan Olimpik itu menyatakan, terdapat faktor ketidakpastian dalam industri bagi sukan tersebut dimasukkan ke dalam acara pingat Olimpik.

“Sesetengah permainan e-sukan tidak sesuai dengan nilai Olimpik dan kerana itu kerjasama dengan mereka dikecualikan,” kata IOC menyusuli sidang puncak di Lausanne oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Tambah IOC: “Industri ini dijana atas faktor komersil, sedangkan pertubuhan sukan sebenar adalah berasaskan nilai tertentu.

“Atas sebab itu, perbincangan untuk memasukkan e-sukan sebagai acara pingat Olimpik adalah terlalu awal.”

Tokyo menjadi tuan rumah temasya sukan itu pada 2020 manakala Beijing dipilih menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.  

Sumber : Reuters/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan