Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Terbuka Perancis: Zverev tarik diri akibat cedera, Nadal mara ke peringkat akhir buat kali ke-14

Anggaran Waktu Membaca:
Terbuka Perancis: Zverev tarik diri akibat cedera, Nadal mara ke peringkat akhir buat kali ke-14

(Gambar: Christophe Archambault/AFP)

PARIS: Rafael Nadal mara ke peringkat akhir Terbuka Perancis untuk kali ke-14 pada Jumaat (3 Jun) selepas Alexander Zverev menarik diri akibat kecederaan buku lali dan ketinggalan 7-6 (8), 6-6 pada peringkat separuh akhir perlawanan, lapor Xinhua.

Pemain pilihan ketiga, Zverev terjatuh ketika cuba menyelamatkan bola pada permainan 12 set kedua berlangsung.

"Jika anda seorang manusia, anda harus berasa kasihan dengan nasibnya. Saya harap beliau tidak cedera teruk, saya harap beliau tidak patah tulang," kata Nadal.

Pemain Jerman itu terpaksa meninggalkan gelanggang dengan menggunakan kerusi roda dan selepas beberapa minit, beliau kembali dengan menggunakan tongkat dan mengumumkan menarik diri dari permainan.

"Saya tahu betapa dia berjuang untuk memenangi Grand Slam. Buat masa ini, nasibnya malang. Saya pasti dia akan menang bukan satu, tetapi lebih daripada satu. Saya doakan yang terbaik untuk dia," tambah Nadal.

Nadal dijangka bertemu pemain veteran Croatia, Marin Cilic atau penyerang muda Norway, Casper Ruud di perlawanan akhir.

Sumber : Bernama/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan