Skip to main content

Sukan

Terbuka Australia: 9 kes aktif COVID-19 dalam kalangan yang dikuarantin

Satu kes COVID-19 dalam kalangan mereka yang dikuarantin menjelang Kejohanan Tenis Terbuka Australia sudah dikasifikasikan semula.

Anggaran Waktu Membaca:
Terbuka Australia: 9 kes aktif COVID-19 dalam kalangan yang dikuarantin

Melbourne Park, sebuah lokasi sukan di Australia. (Gambar: REUTERS/Kelly Defina)

Diterbitkan : 24 Jan 2021 05:00PM Dikemas Kini : 24 Jan 2021 05:02PM

MELBOURNE: Satu kes COVID-19 dalam kalangan mereka yang dikuarantin menjelang Kejohanan Tenis Terbuka Australia sudah dikasifikasikan semula, menurut pegawai kesihatan hari ini (24 Jan), menjadikannya sembilan kes aktif dalam kumpulan pemain dan kakitangan sokongan yang diasingkan di beberapa hotel di Melbourne.

Sebelum ini, para pegawai kesihatan berkata mereka sedang menyiasat beberapa ujian positif bagi memperoleh bukti "viral shedding", di mana individu yang dijangkiti sebelum ini terus mengeluarkan baki virus selepas mereka sembuh.

Pusat Kuarantin COVID-19 Victoria juga menyatakan dalam satu kenyataan bahawa satu kes tersebut yang dijangkiti di luar negara dan dilaporkan hari ini tidak ada kaitan dengan kejohanan Grand Slam itu.

Kebanyakan daripada 970 orang yang dikuarantin itu sudah memasuki minggu kedua daripada tempoh pengasingan 14 hari sejak tiba di wilayah tersebut dan dijangka dibenarkan keluar pada Jumaat (29 Jan).

Meski sebahagian besar daripada mereka dibenarkan keluar bagi menjalani latihan selama lima jam sehari, sekitar 72 orang masih lagi diasingkan dalam bilik mereka setelah kes-kes positif dilaporkan dikesan dalam pesawat yang membawa mereka ke Australia.

Hari ini, wilayah Victoria mencatat hari ke-18 berturut-turut tanpa sebarang kes baru jangkitan dalam masyarakat, manakala Australia secara keseluruhannya tiada kes baru dalam kalangan masyarakat dalam tempoh sembilan daripada 10 hari lalu.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita