Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Teqball S'pore ingin tubuh pasukan kebangsaan, pusat latihan

Pernahkah anda dengar tentang teqball, sejenis sukan yang menggabungkan bola sepak, sepak takraw dan tenis meja?

Anggaran Waktu Membaca:
Teqball S'pore ingin tubuh pasukan kebangsaan, pusat latihan

(Gambar: Facebook/Teqball Singapore)

SINGAPURA: Pernahkah anda dengar tentang teqball, sejenis sukan yang menggabungkan bola sepak, sepak takraw dan tenis meja?

Teqball Singapore adalah persatuan sukan nasional terbaru yang dilancarkan pada November lalu.

Ia merancang untuk menubuhkan sebuah pasukan kebangsaan dan pusat latihan khusus dengan bantuan para pakar dari Eropah.

Sukan Teqball diperkenalkan kepada dunia hanya sedekad lalu.

Sukan ini boleh dimainkan secara perseorangan atau berpasangan dan para pemainnya tidak boleh menyentuh bola dengan bahagian tubuh yang sama dua kali berturut-turut.

Pihak yang mendapat 12 mata pertama akan menang set yang dimainkan dalam format terbaik daripada tiga set.

Minat terhadap sukan itu bertambah dengan pesat semasa COVID-19 khususnya dalam kalangan pemain bola sepak.

Kini terdapat meja teqball di 20 stadium ActiveSG merata Singapura.

Singapura adalah negara terkini yang menyertai badan global sukan itu yang mempunyai lebih 100 negara persekutuan.

Pada bulan lalu, 10 pemain dikenal pasti untuk membentuk pasukan kebangsaan.

Teqball Singapore akan membawa masuk pengarah teknikal dari Hungary iaitu tempat kelahiran sukan itu.

Terdapat juga rancangan untuk para pemain menjalani latihan di sana dan juga di Thailand.

Selain itu, sebuah pusat latihan khusus akan didirikan tidak lama lagi untuk mencungkil bakat-bakat muda.

Teqball akan buat penampilan sulung dalam kejohanan dalam Sukan Pantai Asia tahun depan.

Namun ada kemungkinan juga ia akan disertakan dalam Sukan SEA di Hanoi pada Mei ini.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan