Tenis: Osaka ikrar derma wang kemenangan kepada bantuan gempa bumi Haiti
Naomi Osaka berikrar untuk mendermakan pendapatannya daripada perlawanan Terbuka Barat & Selatan minggu depan kepada usaha bantuan gempa bumi di Haiti, negara Caribbean tempat kelahiran bapanya.
Gambar fail Naomi Osaka
LOS ANGELES: Naomi Osaka berikrar untuk mendermakan pendapatannya daripada perlawanan Terbuka Barat & Selatan minggu depan kepada usaha bantuan gempa bumi di Haiti, negara Caribbean tempat kelahiran bapanya.
Juara Grand Slam empat kali itu mengumumkan ikrarnya susuli gempa bumi sekuat 7.2 pada skala Richter yang menggegarkan negara miskin itu pada Sabtu (14 Ogos).Sekurang-kurangnya 304 orang maut dan ratusan lagi cedera dalam bencana alam itu.
"Sangat perit melihat kemusnahan yang sedang berlaku di Haiti, dan saya rasa kita seperti benar-benar tidak dapat merasa kesudahannya," kata Osaka di Twitter.
"Saya akan bermain di kejohanan minggu ini dan saya akan memberikan semua hadiah wang kepada usaha bantuan Haiti. Saya tahu darah nenek moyang kami kuat, kami akan terus bangkit."
Pemain nombor dua dunia itu, yang ibunya adalah orang Jepun dan bermain mewakili Jepun, telah menggunakan platformnya untuk menarik perhatian kepada tujuan-tujuan yang beliau prihatin.
Osaka memakai pelitup dengan nama-nama mangsa keganasan polis, semasa kejohanan Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu.
Osaka berada di ranking kedua bagi kejohanan di Cincinnati, yang berlangsung dari 14 hingga 22 Ogos.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.