Tenis meja Sukan SEA: Lin Ye, Koen Pang raih pingat emas
Peringkat akhir Tenis Meja perseorangan wanita menyaksikan persaingan antara dua pemain Singapura.
MANILA: Peringkat akhir Tenis Meja perseorangan wanita menyaksikan persaingan antara dua pemain Singapura.
Bagaimanapun pemain pilihan, Feng Tianwei terpaksa berundur pada awal set kedua, kerana kecederaan pada pergelangan tangannya.
Feng, pemain nombor sembilan di dunia, ketika itu sedang menentang seorang lagi pemain Singapura, Lin Ye.
Dengan itu, Lin diisytiharkan sebagai juara dengan keputusan 4-0, dengan Feng terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Ini juga merupakan pingat emas pertama yang dimenangi Lin bagi acara perseorangan dalam Sukan SEA.
Dalam perseorangan lelaki, Koen Pang meraih emas bagi Singapura apabila beliau mengalahkan rakan senegara Clarence Chew, 11-5, 11-7, 11-7, 12-10.
Pang merupakan pemain kelahiran Singapura yang pertama menjuarai Sukan SEA acara tenis meja.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.