Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tenis meja: Izaac Quek dan Koen Pang dari SG cipta kejutan, tumpaskan regu nombor 1 dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Tenis meja: Izaac Quek dan Koen Pang dari SG cipta kejutan, tumpaskan regu nombor 1 dunia

Koen Pang dan Izaac Quek di Fukuoka, Japan. (Gambar: Facebook/Persatuan Tenis Meja Singapura)

Diterbitkan : 20 Nov 2024 06:07PM Dikemas Kini : 20 Nov 2024 06:16PM
SINGAPURA: Atlet tenis meja Singapura Izaac Quek dan Koen Pang hanya mengambil masa 21 minit untuk mencatat kemenangan, sekali gus kejayaan terbesar dalam kerjaya mereka setakat ini pada Rabu (20 Nov).

Pasangan Quek-Pang menumpaskan pasangan nombor 1 dunia dari China, Yuan Licen dan Xiang Peng, dalam suku akhir beregu lelaki di Kejohanan Tenis Meja Dunia di Fukuoka, Jepun.

Berlangsung di Gimnasium Umum Kitakyushu, Quek dan Pang menumpaskan juara bertahan Yuan dan Xiang 11-6, 11-6, 11-9. Mereka akan bertemu sama ada pasangan Jepun Hiroto Shinozuka dan Shunsuke Togami atau pasangan China Lin Shidong dan Lin Gaoyuan di separuh akhir kejohanan yang menawarkan hadiah AS$700,000 (S$938,000).

Quek yang berusia 18 tahun dan Pang, 22 tahun kini menduduki tangga kesepuluh dalam ranking dunia.

Pada bulan lalu, pasangan itu meraih pingat perak dalam beregu lelaki di Kejohanan Tenis Meja Asia. Mereka juga merupakan pemenang pingat emas acarayang sama di Sukan SEA yang lalu.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan