Skip to main content

Sukan

Tenis: Djokovic sokong keputusan Gimelstob keluar dari lembaga ATP

Pemain tenis nombor satu di dunia Novak Djokovic berkata bahawa Justin Gimelstob membuat 'keputusan yang bijak' melepaskan jawatan dari lembaga pengarah ATP. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tenis: Djokovic sokong keputusan Gimelstob keluar dari lembaga ATP

Justin Gimelstob. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 07 May 2019 09:28PM Dikemas Kini : 07 May 2019 09:46PM

LONDON: Pemain tenis nombor satu di dunia Novak Djokovic berkata bahawa Justin Gimelstob membuat 'keputusan yang bijak' melepaskan jawatan dari lembaga pengarah ATP.

Namun Djokovic percaya bahawa Gimelstob akan kembali pada masa depan.

Gimelstob melepaskan jawatan dari lembaga itu minggu lalu setelah dikenakan probesyen selama tiga tahun dan perlu melakukan kerja-kerja kemasyarakatan selama 60 jam bagi satu tuduhan melakukan serangan.

Djokovic, yang merupakan presiden Jawatankuasa ATP Player berkata bahawa pemergian Gimelstob adalah keputusan yang betul tetapi ketiadaannya daripada jelajah ATP dianggap sebagai suatu kehilangan.

Stan Wawrinka dan Roger Federer mengalu-alukan perletakan jawatan Gimelstob. Stan Wawrinka menyatakan dalam sepucuk surat kepada akhbar Times bahawa ia sesuatu yang "memalukan" sekiranya warga Amerika itu dibenarkan masih menganggotai lembaga itu setelah serangan tersebut.

Menurut Federer semasa berada di Madrid, beliau berpendapat pemergian Gimelston akan memberi peluang kepada ketua ATP Chris Kermode untuk memegang jawatannya menjangkaui 2019.  

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita