Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ten Hag nafi Man Utd dilanda krisis

Anggaran Waktu Membaca:
MANCHESTER: Erik ten Hag menafikan Manchester United sedang mengalami krisis dalaman selepas pasukan itu kecundang 3-1 di tangan Brighton di Old Trafford.

United sebelum itu memberi cuti kepada Antony untuk berdepan dakwaan dia menyerang tiga wanita dan Ten Hag turut melarang Jadon Sancho daripada berlatih dengan skuad utama.

Apabila disoal sama ada kelab itu sedang berdepan dengan krisis, Ten Hag berkata: "Tidak, tetapi kami perlu rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan diri sendiri kerana di United, tuntutannya ialah memenangi perlawanan.

"Sudah tentu ia (permulaan hambar) mengganggu saya. Tetapi yang penting ialah perwatakan kami dan kini kami perlu melihat tahap kekuatan sebenar kami dan bagaimana pasukan bersatu hati, serta pemain mana yang menonjol dan menerajui pasukan."

Ten Hag dicemuh oleh para penyokong United selepas dia mengeluarkan Rasmus Hojlund dalam separuh masa kedua dan dia sebaliknya mendakwa reaksi itu adalah petanda positif terhadap penampilan sulung pemain Denmark tersebut.

Anak buah Ten Hag dikejutkan dengan jaringan bekas penyerang United, Danny Welbeck dalam babak pertama perlawanan sebelum Pascal Gross dan Joao Pedro menambah jaringan dalam babak kedua.

Hannibal Mejbri menjaringkan gol sulungnya untuk United, tetapi dia juga dicemuh oleh sesetengah penyokong United sebaik tamat perlawanan.

Ia adalah kekalahan kedua United selepas kalah 3-1 kepada Arsenal sebelum tempoh rehat bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa.

Dengan tiga kekalahan dalam lima perlawanan Liga Perdana England (EPL) musim ini - keputusan terburuk mereka dalam era EPL - United kini di tangga ke-12 liga.
Sumber : Bernama/AW/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan