Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tempahan tiket penerbangan ke Qatar melonjak jelang Piala Dunia 2022

Anggaran Waktu Membaca:

DUBAI: Tempahan bagi tiket penerbangan ke Qatar meningkat jelang Piala Dunia bola sepak yang berlangsung pada November dan Disember, khususnya dari peminat Amiriah Arab Bersatu (UAE), menurut satu tinjauan yang dikeluarkan pada Selasa (11 Okt).

Berdasarkan laporan kumpulan analisis perjalanan ForwardKeys, tempahan bagi tiket penerbangan ke Qatar dari UAE dan sembilan negara lain meningkat 10 kali ganda berbanding sebelum pandemik COVID-19.
 
Jumlah tempahan tiket dari UAE melonjak 103 kali ganda berbanding  2016- tahun terakhir sebelum UAE menyertai negara-negara Arab yang lain memulaukan Qatar dan menghentikan penerbangan langsung. Tindakan itu berakhir pada awal 2021.

Permintaan dari UAE tetap tinggi meskipun penduduk dikehendaki menjukkan hasil ujian negatif  COVID-19 untuk masuk Qatar.

Selain Qatar, perjalanan udara ke seluruh kawasan Teluk dijangka turut meraih manfaat, dengan tempahan  penerbangan ke rantau itu 16 peratus lebih tinggi daripada 2019, dan 61 peratus lebih tinggi berbanding pada peringkat awal Piala Dunia, menurut ForwardKeys.

Para peminat juga akan pergi ke destinasi lain di rantau itu, dengan jumlah pelawat yang bermalam sekurang-kurangnya dua hari di Qatar dan kemudian dua lagi malam di negara Teluk yang lain, naik 16 kali ganda berbanding sebelum COVID-19.

Pelancong Amerika Syarikat membentuk 26 peratus daripada pelawat tersebut, dengan warga Kanada membentuk 10 peratus manakal Britain di tempat ketiga dengan 9 peratus pelancong.

Sumber : Reuters/HY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan