Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Teknologi VAR bakal ditampilkan dalam Liga Perdana SG buat julung kalinya

Anggaran Waktu Membaca:
Teknologi VAR bakal ditampilkan dalam Liga Perdana SG buat julung kalinya

Seorang penolong pengadil video (VAR) mengumumkan kemungkinan penalti semasa perlawanan bola sepak Piala Dunia kumpulan H antara Portugal dan Uruguay, di Stadium Lusail di Lusail, Qatar, pada 28 Nov, 2022. (Gambar: AP Photo/Martin Meissner)

SINGAPURA: Para pengadil Liga Perdana Singapura (SPL) akan mendapat bantuan tambahan pada musim akan datang, khususnya menerusi penggunaan sistem Penolong Pengadil Video (VAR) buat julung-julung kalinya.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mendapat lampu hijau daripada badan pentadbir bola sepak dunia, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini untuk memanfaatkan teknologi tersebut.

Demikian menurut FAS dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan pada Jumaat (27 Jan).

Ia lulus penilaian akhir FIFA selepas proses pelaksanaannya dimulakan pada Februari lalu yang melibatkan lawatan para kakitangan FIFA dan latihan bagi para pengadil tempatan.

Singapura bakal menjadi negara ketiga dalam Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan negara ke-11 di Asia untuk menggunakan VAR dalam liga profesionalnya.

Pengarah Pengadil FAS Nazeer Hussain berkata: "Sistem VAR semakin menjadi ciri utama bola sepak sejak ia diperkenalkan dan kami berbesar hati untuk merintis penggunaannya dalam SPL yang tentu sekali akan membantu mempertingkatkan tahap pengadilan di sini."

Encik Nazeer turut menyuarakan keyakinan beliau terhadap langkah tersebut dalam mendorong pembangunan yang positif dalam arena bola sepak tempatan.

Edisi ke-28 SPL bakal bermula pada 19 Februari dengan pertarungan antara juara bertahan Albirex Niigata dengan pemenang Piala Singapura, Hougang United.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan