Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Team S'pore bawa pulang 28 pingat termasuk 7 emas Sukan Para ASEAN 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Team S'pore bawa pulang 28 pingat termasuk 7 emas Sukan Para ASEAN 2022

Kontinjen Team Singapore di Sukan Para ASEAN ke-11. (Gambar: Goh Si Wei/Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura)

SINGAPURA: Kontinjen Team Singapore membawa pulang 28 pingat kesemuanya hasil kemenangan para atlit negara di Sukan Para ASEAN 2022.

Khabar gembira itu dikongsi oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam catatan Facebooknya hari ini (6 Ogos).
Temasya edisi ke-11 yang berlangsung di Solo, Indonesia, itu melabuhkan tirainya pada malam ini nanti.

Seramai 36 atlit mewakili Singapura tahun ini dengan pasukan negara menggondol 7 pingat emas, 9 pingat perak serta 12 pingat gangsa.

Para atlit bukan saja mencipta beberapa rekod baru dan meraih pencapaian peribadi yang terbaik dalam acara masing-masing, mereka juga, kata PM Lee, sudah menimba banyak pengalaman berharga.

"Atlit kita membuktikan apa yang dimaksudkan dengan mengatasi kesukaran dan mengejar impian," katanya.

"Terima kasih kerana memberi inspirasi kepada kita semua dan mengibarkan bendera negara di persada yang tinggi. Ini tentunya menyemarakkan lagi semangat Hari Kebangsaan 2022 kita!," perdana menteri menggulung catatannya itu.
Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan