Tandukan minit akhir Maguire selamatkan United
Anggaran Waktu Membaca:

Harry Maguire menyamai kedudukan bagi United, dengan keputusan 3-3 di Porto. (Gambar: MIGUEL RIOPA/AFP)
PORTO: Tandukan dramatik Harry Maguire semasa masa kecederaan menyelamatkan Manchester United, sekali gus membantu pasukan itu meraih keputusan seri 3-3 di Porto dalam perlawanan kumpulan Liga Europa pada Khamis.
Gol-gol sumbangan Marcus Rashford dan Rasmus Hojlund dalam 20 minit pertama membantu United mendahului perlawanan.
Namun Pepe pantas menyumbat gol untuk mengejar kembali dan Samu Omorodion menjaringkan gol penyamaan sebelum tamat separuh masa pertama, sebelum meletakkan Porto di hadapan selepas separuh masa kedua bermula.
Kapten United Bruno Fernandes dibuang padang buat perlawanan kedua berturut-turut selepas dilayangkan kad kuning kedua.
Namun tandukan Maguire dari tendangan sudut menyelamatkan maruah United bagi meraih satu mata bagi pasukannya dan mengurangkan sedikit tekanan ke atas pengurus Erik ten Hag.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.