Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tan Chuan-Jin dipilih semula presiden SNOC

Anggaran Waktu Membaca:
Tan Chuan-Jin dipilih semula  presiden SNOC

(Dari kiri) Naib Presiden SNOC Lawrence Leow, Presiden SNOC Tan Chuan-Jin dan Naib Presiden SNOCb Benedict Tan. (Gambar: Wee Teck Hian/SNOC)

SINGAPURA: Encik Tan Chuan-Jin dipilih semula secara sebulat suara sebagai presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) pada Khamis (8 Sep).

Encik Tan, yang juga Speaker Parlimen dan Anggota Parlimen GRC Marine Parade, akan berkhidmat untuk penggal ketiganya dari tahun 2022 hingga 2026.

Encik Tan pertama kali menyandang jawatan tersebut pada 2014 apabila beliau menggantikan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Teo Chee Hean.

Di mesyuarat agung tahunan pada Khamis, Dr Bennedict Tan dipilih semula sebagai naib presiden dan akan berkhidmat untuk penggal baru selama empat tahun sehingga 2026.

Encik Lawrence Leow, bekas wakil Persatuan Sukan Kebangsaan, akan kembali berkhidmat dengan SNOC selaku naib presiden.

Kedua-dua Dr Tan dan Encik Leow akan menyertai naib presiden Jessie Phua and Juliana Seow, yang dipilih pada 2020, untuk membentuk jawatankuasa eksekutif SNOC.

Encik Lee Wung Yew juga dipilih semula sebagai bendahari selama satu tahun.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan