Syed Saddiq 'diserang' warga Indonesia di Twitter
Pelbagai komen 'serangan' oleh pengguna dari Indonesia merujuk kepada rakaman video pesilat Malaysia, Mohd Al Jufferi Jamari yang ditenangkan Encik Syed Saddiq selepas kecewa dengan aksi akhir dalam Kelas E (65kg-70kg) pada Sukan Asia, Isnin (27 Ogos).
SHAH ALAM: "Kasian ia negara anda tidak SPORTIF tidak menerima kekalahan yang lebih memalukan lagi merusak FASILITAS tuan rumah dan dibicarakan negara se-Asia sungguh MEMALUKAN!"
Itu luahan pengguna Twitter bernama Arlan05 di laman Twitter milik Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seperti ditukil Astro Awani.
Komen 'serangan' oleh pengguna dari Indonesia itu merujuk kepada rakaman video pesilat Malaysia, Mohd Al Jufferi Jamari yang ditenangkan Encik Syed Saddiq selepas kecewa dengan aksi akhir dalam Kelas E (65kg-70kg) pada Sukan Asia, Isnin (27 Ogos).
Pesilat harapan emas Malaysia itu terpaksa akur merangkul pingat perak selepas tewas kepada pesilat tuan rumah, Komang Harik Adi Putra, 1-4.
Seorang lagi pengguna Twitter, Nurul H.Izeddin turut meluahkan rasa kecewa kerana Indonesia dituduh tidak berlaku adil dalam perlawanan tersebut.
"Kesel aku tuh. sorry not sorry yah Malaysian, mental kami memang mental juara. kalo memang kami mau curang mah nama negara kami sudah di urutan pertama! nggak, kalian gak sespesial itu kok sampe kami curi medali dari kalian yang memang kurang medali," katanya seperti ditukil Astro Awani.
Selain itu, Fajri turut meminta netizen dari Malaysia menunjukkan bukti terhadap dakwaan tersebut.
"Ada bukti sahih kalo kami bermain tidak fair? Jika kualitas itu baik maka hasilnya akan baik. Lihat contoh Lee Chong Wei ia hebat, dan ia menang.
"Kami mengakui bahwa ia lebih baik dari tunggal Indonesia saat ini. Udahlah kebencian merasuk otak dan hati tak baik haha," katanya.
Astro Awani melaporkan rakaman video tersebut menerima 14,000 tontonan termasuk maklum balas dari netizen dalam dan luar Malaysia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.