Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Syarikat-syarikat giat rancakkan industri e-sukan tempatan

E-sukan adalah antara jenis sukan yang paling pesat berkembang di dunia tetapi baru mahu mula bertapak di Asia Tenggara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Sep 2019 07:49PM Dikemas Kini : 01 Sep 2019 10:42PM

SINGAPURA: E-sukan adalah antara jenis sukan yang paling pesat berkembang di dunia tetapi baru mahu mula bertapak di Asia Tenggara.

Dengan satu acara e-sukan besar bakal diadakan di rantau ini tahun depan, syarikat-syarikat Singapura kini giat merancakkan industri itu di sini.

Pasaran permainan e-sukan di Asia Tenggara membentuk hanya 3.1 peratus tetapi pendapatannya di rantau ini tumbuh 22 peratus dari tahun ke tahun.

Kadar itu dijangka terus meningkat dengan bertambahnya golongan muda di rantau ini, khususnya dari kelas pertengahan yang lazim menggunakan telefon bijak.

Pada Oktober tahun depan, Singapura bakal menjadi tuan rumah kepada edisi pertama gamescom Asia iaitu satu acara pameran perdagangan permainan elektronik.

Menjelang pameran itu, firma-firma tempatan sudahpun cuba untuk meraih manfaat daripadanya.

Misalnya, syarikat pengurusan acara Zenway yang sedang meneroka peluang untuk membawa masuk acara-acara antarabangsa ke Singapura.

Seperti sukan tradisional, e-sukan juga adalah produk media. Ini bermakna, selain arena, prasarana dan peminat, ia juga memerlukan ruang penyiaran, pengulas serta penjenamaan.

Laporan-laporan pasaran menjangkakan pendapatan e-sukan akan melepasi AS$1 bilion (S$1.3 bilion) buat pertama kalinya tahun ini, didorong oleh pengiklanan, tajaan dan hak media.

Satu lagi cara untuk memanfaatkan pasaran yang kian berkembang itu adalah untuk memanfaatkan pasaran bagi pemain bukan profesional yang kian mendapat perhatian di rantau ini. 

Sumber : CNA/HA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan