Suruhanjaya Keselamatan Sukan bentuk panel baru; hurai kes aniaya, gangguan
Suruhanjaya Keselamatan Sukan membentuk sebuah panel disiplin bagi menyelia tindakan dan menghuraikan kes-kes penganiayaan serta gangguan termasuk yang berbentuk psikologi.
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Suruhanjaya Keselamatan Sukan membentuk sebuah panel disiplin bagi menyelia tindakan dan menghuraikan kes-kes penganiayaan serta gangguan termasuk yang berbentuk psikologi.
Langkah itu dilakukan sekitar setahun selepas suruhanjaya tersebut melancarkan garis panduan tentang apa yang dianggap sebagai perbuatan tidak wajar.
Penubuhan panel itu adalah sebahagian daripada Program Keselamatan Sukan yang dilancarkan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Panel terdiri daripada 18 anggota itu termasuk bekas atlit negara dan peguam.
SportSG menyatakan usaha untuk mendampingi frateniti sukan diadakan dengan kerap. Selain itu, usaha rintis dengan para penyedia program sukan komersil juga sedang berlangsung.
Terdapat rancangan untuk menyiapkan garis panduan bagi membantu memudahkan para pengendali mewujudkan ruang selamat bagi semua pihak.

Sumber : CNA/RU/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.