Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA Vietnam dijadual semula kepada Mei 2022

Sukan SEA Vietnam yang ditangguh tahun ini disebabkan pandemik COVID-19 akan dianjurkan pada Mei 2022.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA Vietnam dijadual semula kepada Mei 2022

Persembahan para wakil Vietnam di Sukan SEA 2019. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Nov 2021 04:37PM Dikemas Kini : 05 Nov 2021 04:39PM

HANOI: Sukan SEA Vietnam yang ditangguh tahun ini disebabkan pandemik COVID-19 akan dianjurkan pada Mei 2022.

Demikian diumumkan oleh Jawatankuasa Olimpik negara itu hari ini (5 Nov).

Temasya sukan serantau itu dijadual berlangsung di Hanoi dan 11 lokasi lain di Vietnam dari 21 November hingga 2 Disember. Namun gelombang dahsyat COVID-19 yang melanda kebanyakan wilayah tuan rumah acara-acara menyebabkan Sukan SEA terpaksa ditangguh.

Ia kini akan dianjurkan dari 12 Mei hingga 23 Mei tahun depan, menurut laporan di laman Jawatankuasa Olimpik Vietnam, memetik keputusan yang diambil oleh Timbalan Perdana Menteri Vu Duc Dam.

Pada mulanya terdapat kebimbangan tentang masa yang sesuai dalam kalendar kesukanan bagi Sukan SEA yang dijadual semula itu. Mujur tarikh-tarikh baru tersebut tidak berlaku serentak dengan acara-acara kesukanan utama sejagat mahupun serantau, menurut laporan itu.

Vietnam sebelum ini menjadi tuan rumah temasya berbilang sukan itu pada 2003. Ia memperuntukkan belanja sekitar AS$69 juta (S$93 juta) untuk acara tersebut.

Sukan SEA dijangka menarik hampir 20,000 peserta, termasuk sekitar 7,000 atlit dari 11 negara, menurut media tempatan.

Selain acara-acara Olimpik, sukan-sukan yang kemungkinan besar dipertandingkan termasuk biliard, snuker, catur, boling dan kurash, iaitu sejenis gusti warisan Uzbekistan.

Sumber : AFP/SM/sm

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa