Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Thailand tundukkan Singapura 5-0

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Thailand tundukkan Singapura 5-0

Gambar: meWatch

Diterbitkan : 10 May 2022 12:30AM Dikemas Kini : 10 May 2022 12:32AM

SINGAPURA: Pasukan bola sepak Thailand membelasah Singapura 5-0 dalam perlawanan Kumpulan B di Sukan SEA di Vietnam pada Isnin (9 Mei).

Thailand menguasai perlawanan dari awal dan membuat banyak serangan.

Gol pertama Thailand hasil jaringan pemain tengah Ben Davis menerusi tendangan penalti sebelum separuh masa pertama berakhir.

Thailand merancakkan serangan dalam separuh kedua, dan melebarkan jurang gol apabila Harhys Stewart menjaringkan gol sendiri pada minit ke-47

Ekanit Panya, menyumbang dua gol pada minit ke-51 dan ke-66.

Korawich Tasa menyumbang gol terakhir perlawanan pada minit ke-81.

Kekalahan itu adalah yang paling berat dipikul Singapura di Sukan SEA sejak tewas 1-8 kepada pasukan Burma pada Sukan Semenanjung Asia Tenggara 1971.

Pasukan Singapura perlu menang dalam perlawanan mereka menentang Kemboja pada Rabu bagi peluang layak ke pusingan separuh akhir.

Pada Sabtu pula, skuad negara berdepan dengan Malaysia.

Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan