Sukan SEA: Team Singapore buru pingat dalam kesemua lima acara e-sukan
(Gambar: BERNAMA)
HANOI: Pasukan Team Singapore menyasar untuk meraih pingat dalam kesemua lima acara sukan elektronik atau e-sukan yang disertainya dalam Sukan SEA tahun ini.
Lebih 30 atlit bertanding di Hanoi kali ini.
Seramai 20 atlit mewakili Singapura dalam enam acara e-sukan semasa Sukan SEA pada 2019, di mana mereka menang satu pingat perak dan satu gangsa.
'Wild Rift' - sejenis permainan mudah alih - akan ditampilkan buat pertama kali dalam Sukan SEA kali ini.
"Wild Rift adalah permainan mudah alih lima lawan lima, di mana kedua-dua pasukan bersaing antara satu sama lain untuk memusnahkan perhubungan musuh, yang sebenarnya merupakan pangkalan mereka. Dalam (permainan) Wild Rift, terdapat lima peranan dan setiap peranan mempunyai kedudukan mereka sendiri di peta, yang mana mereka memainkan peranan sokongan dan penembak jitu," ujar Wong Ming Yan, peserta acara tersebut.
Persiapan sudahpun bermula sejak awal tahun lalu.
Para atlit yang berusia antara 21 dengan 31 tahun, giat berlatih selepas waktu kerja atau sekolah, dengan setiap sesi berlangsung selama lebih empat jam, lazimnya hingga waktu dini hari.
Mereka membincangkan strategi dan cuba untuk mengamalkannya.
Sukan SEA ke-31 menampilkan 10 acara e-sukan, berbanding hanya enam pada 2019.
Wild Rift adalah satu-satunya yang menampilkan acara khusus bagi wanita sahaja.
Ia juga bertujuan memecahkan halangan jantina.
Bagi menyokong semua atlit, Persatuan E-Sukan Singapura bekerjasama dengan Akademi Sukan Antarabangsa bagi menghasilkan modul bagi meningkatkan kesejahteraan fizikal dan psikologi mereka.
Ini termasuk latihan berprestasi tinggi dan bengkel sains sukan.
Acara-acara e-sukan lain yang turut disertai Team Singapore termasuk FIFA Online 4 dan League of Legends.
Anda boleh saksikan debaran Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.