Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Srikandi S'pura, Nurul Suhaila raih pingat emas; tumpaskan pesilat M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Srikandi S'pura, Nurul Suhaila raih pingat emas; tumpaskan pesilat M'sia

Gambar: Persekutuan Silat Singapura

Diterbitkan : 16 May 2022 12:15PM Dikemas Kini : 16 May 2022 12:34PM

HANOI: Pesilat negara, Nurul Suhaila Mohd Saiful merangkul pingat emas selepas menewaskan Siti Shazwana Ajak dari Malaysia 30-22 dalam pertarungan peringkat akhir wanita bagi Kelas E (65-70kg) Sukan SEA pada Isnin (16 Mei).

Kemenangan ini sangat manis bagi skrikandi berusia 27 tahun yang sebelum ini terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dalam tiga edisi Sukan SEA yang lalu.

Lagi empat pesilat Singapura - Muhammad Hazim Yusli (Kelas C Lelaki), Abdul Raazaq Abdul Rashid (Kelas F Lelaki), Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin (Kelas G Lelaki) dan Sheik Farhan Sheik Alau'ddin (Kelas J Lelaki) - turut masuk gelanggang untuk merebut pingat emas di peringkat akhir masing-masing di Dewan Sukan Bac Tu Liem di ibu negara Vietnam hari ini.

Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan