Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Shanti Pereira raih pingat gangsa acara lumba 200 meter

Atlet Singapura Shanti Pereira meraih pingat gangsa bagi peringkat akhir acara 200 meter wanita di Sukan SEA hari ini (7 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Shanti Pereira raih pingat gangsa acara lumba 200 meter

Shanti Pereira di Sukan SEA ke-30 pada 7 Dis. (Gambar: SNOC)

Diterbitkan : 07 Dec 2019 08:31PM Dikemas Kini : 07 Dec 2019 08:32PM

CLARK: Atlet Singapura Shanti Pereira meraih pingat gangsa bagi peringkat akhir acara 200 meter wanita di Sukan SEA hari ini (7 Dis).

Pereira mencatat masa 23.77 saat.
Kristina Knott dari Filipina menjuarai perlumbaan itu setelah melepasi garis penamat dengan masa rekod Sukan SEA yang baru 23.01 saat. Juara bertahan, Le Thu Chinh dari Vietnam pula di tempat kedua.

Pereira meraih pingat gangsa di Sukan SEA di Kuala Lumpur sebelum ini dengan masa 23.68 saat. Beliau juga berada di tempat ketiga dalam acara 100 meter di Sukan SEA 2017.

Pereira muncul juara Sukan SEA 2015 dalam acara yang sama setelah mencatat semula masa rekod kebangsaan dengan masa peribadi terbaik 23.60 saat.

Pingat gangsa yang diraih Pereira merupakan pingat pertama diraih pasukan atletik Singapura dalam Sukan SEA ke-30.

Ikuti liputan Mediacorp bagi Sukan SEA ke-30 dan dapatkan laporan paling meluas Team Singapore melalui empat saluran LIVE di Toggle. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan