Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Pingat perak, hadiah ulang tahun atlit terjun cantik Jonathan Chan gabungan dengan Max Lee

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sepanjang pertandingan terjun cantik Sukan SEA yang ke-31, atlit Jonathan Chan, 25 tahun, kelihatan lebih tenang berbanding dengan keadaan biasanya. 

Dalam temasya terakhirnya sebelum bersara, Jonathan tidak merasakan tertekan, justeru sentiasa beri galakan kepada rakan pasukannya.

Pada hari dia meyambut hari jadinya yang ke-25, Jonathan juga meraikan kemenangannya bersama atlit Max Lee, 14 tahun, setelah berjaya meraih pingat perak dalam pusingan akhir acara terjun irama lelaki 10 meter papan anjal pada Selasa (10 Mei). Pasangan itu mendapat 322.50 mata selepas enam terjunan. 

Acara di Pusat Sukan Akuatik Hanoi itu dimenangi atlit Malaysia Jellson Jabillin dan Hanis Nazirul Jaya Surya manakala atlit tuan rumah,Tu Dang Hoang dan Quang Dat Nguyen menang pingat gangsa. 

"Apapun keputusannya adalah satu   kemenangan bagi saya kerana ia adalah penghujungnya. 12 tahun yang berlalu agak panjang. Perjalanan ini agak memenatkan, jadi mendapat pingat perak adalah kemuncak yang agak baik bagi saya," katanya. 

Pada usia 14 tahun pula, Max adalah anggota Team Singapore paling muda dan Sukan SEA di Hanoi merupakan  penampilan sulungnya dalam temasya tersebut.

Max yang mengongsi bilik dengan Jonathan dan atlit terjun cantik Avvir Tham berkata tip yang dikongsi Jonathan untuk mengurangkan tekanan amat bermanfaat kepadanya. 

"Saya amat gembira dan bersyukur dapat mengalami temasya Sukan SEA pada usia yang muda, apabila bergabung dengan atlit yang berpengalaman," katanya. 

Jonathan mencipta sejarah bagi Singapura apabila menjadi atlit terjun cantik tempatan pertama yang layak mara ke Olimpik. menduduki tempat ke-26 daripada 29 atlit dalam pusingan awal papan anjal 10 meter lelaki di Tokyo. 

Pingat perak yang dimenangi Jonathan dan Max merupakan pingat terjun cantik Singapura yang ketiga dan yang ketiga bagi Singapura secara keseluruhannya. 

Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan