Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Pasukan tenis meja wanita S'pura tewas 0-3 di tangan Thailand

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapura meraih pingat perak dalam acara pasukan tenis meja wanita selepas ditewaskan pasukan Thailand di Sukan SEA ke-31 pada Ahad (15 Mei), menamatkan rekod pencapaian sembilan pingat emas yang diraih secara berturut-turut sejak 1999.

Thailand menundukkan Singapura 3-0 di peringat akhir di Gimnasium Hai Duong. 

Kedua-dua negara itu berentap di peringkat akhir acara pasukan tenis meja wanita, seperti mana yang berlaku di peringat akhir temasya sukan edisi 2017 - iaitu kali terakhir acara pasukan diadakan. 

Zhou Jingye kalah 0-3 kepada Suthasini Sawettabuy (7-11, 9-11, 7-11), manakala Zeng Jian menunjukkan prestasi yang lebih baik walaupun ditewaskan Orawan Paranang 2-3 (4-11, 11-9, 11-8, 8-11, 10-12). 

Wong Xinru, yang menamatkan perlawanan akhir, ditundukkan Jinnipa Awettabut 1-3 (6-11, 9-11, 11-8, 4-11). 

Pada Sabtu (14 Mei), pasukan lelaki Singapura tewas 1-3 kepada pasukan Thailand dan membawa pulang pingat gangsa bagi acara mereka. 

Koen Pang kalah 1-3 kepada Padasak (8-11, 11-5, 10-12, 8-11), sementara Clarence Chew menewaskan Phakpoom Sanguansin 3-0 (11-9, 12-10, 11-7). 

Ethan Poh kalah 0-3 di tangan Sarayut Tancharoen (10-12, 8-11, 5-11) manakala Chew pula ditewaskan oleh Padasak T 2-3 (9-11, 9-11, 11-6, 11-3, 5-11). 

Ikuti sorotan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan