Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Pasukan silat SG sudah terjamin dapat sekurang-kurangnya 3 pingat gangsa

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Pasukan silat SG sudah terjamin dapat sekurang-kurangnya 3 pingat gangsa

(Gambar: Facebook/Tan Kiat How)

KEMBOJA: Dalam sukan pencak silat pula, Singapura sudah terjamin mendapat sekurang-kurangnya tiga pingat gangsa dalam acara seni.

Iqbal Abdul Rahman yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi tahun lalu, terus mempamerkan prestasi cemerlang dalam acara seni tunggal lelaki di Kemboja ini.

Iqbal mengalahkan pesaingnya dari Brunei, sekali gus setapak lagi untuk mempertahankan pingat emasnya.

"Saya berasa amat bangga dengan persembahan saya hari ini dan saya mengharapkan saya dapat mempertahankan pingat emas untuk Singapura tahun ini," kata Iqbal.

Acara seni tunggal wanita juga menyaksikan srikandi Singapura, Siti Nazurah, layak ke separuh akhir selepas mengalahkan pesaing dari Brunei.

Sementara itu, pasukan seni regu wanita Amirah Sahrin, Iffah Batrisyia Noh dan Nur Ashikin Zulkifli mengalahkan pasukan Vietnam dalam peringkat suku akhir.

Mereka meraih markah 9.95 dan akan beraksi dalam peringkat separuh akhir esok.
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan