Sukan SEA: Pasukan renang berganti-ganti gaya bebas 4x100m wanita raih pingat emas ke-1,000 SG
Anggaran Waktu Membaca:
PHNOM PENH: Kolam renang sudah sekian lama menjadi tempat berkongsi kegembiraan bagi Team Singapore di Sukan Asia Tenggara (SEA) dan begitu juga di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo, yang menjadi saksi kemenangan Singapura sekali lagi.
Pada Sabtu (6 Mei) sedang pasukan empat wanita yang cemerlang, Quah Ting Wen and Quah Jing Wen, Nur Marina Chan dan Amanda Lim mengambil tempat untuk bergambar dengan pingat emas mereka - kali ini ia lebih istimewa.
Ini kerana kemenangan mereka sekali gus membawa kepada pingat emas ke-1,000 Singapura di Sukan SEA.
Pasukan renang berganti-gantu gaya bebas 4x100m wanita menguasai perlumbaan mereka, dengan masa gabungan 3:44.29 bagi mencapai tanda aras kebangsaan itu.
"Sejujurnya, saya tidak begitu tahu sehinggalah saudara perempuan saya memberitahu saya bahawa Zheng Wen meraih emas ke-999 bagi kuak lentang 100m," kata Jing Wen.
"Ia tidak begitu memberi kesan kepada saya sehinggalah saya sedar kemudian. Ia perkara yang sangat menyeronokkan...Rasanya menakjubkan, ia kelihatan cantik di atas kertas, ia kedengaran hebat."
"Secara tradisi, kami selalunya kuat di Sukan SEA dan memenangi pingat emas ke-1,000 untuk Singapura, saya sangat berbesar hati ia dimenangi pasukan Akuatik Singapura," kata ketua jurulatih kebangsaan Gary Tan.
Terdapat empat kemenangan bagi pasukan renang Singapura, dengan pasukan renang berganti-ganti wanita memberi penutup yang hebat pada malam ini.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.