Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Pasukan boling wanita S'pura bolot pingat emas

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Pasukan boling wanita S'pura bolot pingat emas

Gambar: SNOC/Lee Alfie Damian

HANOI: Pasukan boling wanita Singapura membolot pingat emas bagi acara-acara wanita Sukan SEA ke-31 pada Khamis (19 Mei).

Pasukan negara yang terdiri daripada pasangan adik-beradik Cherie dan Daphne Tan, Bernice Lim dan New Hui Fen berjaya mengumpul 5,049 markah untuk menewaskan pasukan-pasukan daripada enam negara lain.

Pasukan Malaysia merangkul pingat perak manakala pasukan dari Indonesia terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Singapura berjaya mempertahankan pungutan pingat emas bagi acara tersebut selepas memenangi edisi temasya sukan itu pada 2019 dengan barisan pemain yang sama.

Hui Fen dan Cherie pada Selasa berjaya merangkul pingat emas dalam acara regu wanita manakala gandingan Lim dan Daphne menduduki tangga keempat dalam acara tersebut.

Cherie juga memenangi pingat emas dalam acara perseorangan wanita pada Rabu selepas beliau menewaskan 12 pemain lain. Hui Fen pula menggondol pingat gangsa dalam acara tersebut.

Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan