SUKAN SEA: Pasukan bola sepak wanita tumpaskan Laos 1-0

Gambar: Football Association of Singapore
HANOI: Pasukan bola sepak wanita Singapura berjaya mencatat kemenangan pertama pada minit-minit terakhir perlawanan pada Jumaat (13 Mei).
Pasukan itu mengalahkan Laos 1-0 melalui jaringan Izzati Rosni pada minit keempat masa kecederaan.
Mereka kini memiliki tiga mata daripada dua perlawanan dan berada di tangga ketiga Kumpulan B di belakang Thailand dan Myanmar.
Ini merupakan kali pertama skuad bola sepak nasional beraksi dalam temasya sukan dwitahunan itu dalam hampir 20 tahun.
Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.