Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Menang 1-0 ke atas Kemboja, Singapura masih ada harapan raih pingat

Anggaran Waktu Membaca:

HANOI:Singapura mengekalkan harapan yang tipis untuk membawa pulang pingat Sukan SEA bagi acara bola sepak selepas mengalahkan Kemboja 1-0 dalam perlawanan kalah mati pada Rabu (11 Mei).

Selepas seri 2-2 dengan Laos dan kecundang 0-5 di tangan Thailand dalam dua perlawanan sebelum ini, pasukan Singa Muda menunjukkan prestasi jitu di hadapan 12,000 penonton.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga dari awal lagi dengan banyak percubaan gagal menembusi palang gol.

Singapura akhirnya berjaya menjaringkan gol pada minit ke-36 dalam aksi tangkas antara pemain tengah Shah Shahiran dengan Saifullah Akbar.

Shah mengatur bola ke dalam kotak gol, sebelum ditanduk masuk Saifullah.

Pada separuh kedua, Kemboja hampir-hampir menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-60 tetapi tandukan pemain pertahanan Choun Chanchav tersasar.

Singapura terlepas peluang menambah gol pada minit ke-75 setelah percubaan Khairin Nadim juga tersasar.

Kemenangan itu meletakkan Singapura di tempat teratas Kumpulan B buat masa ini dengan empat mata selepas tiga perlawanan.

Thailand (dua perlawanan) dan Malaysia (satu perlawanan) meraih tiga mata.

Singa Muda akan berdepan dengan Malaysia dalam perlawanan terakhir di peringkat kumpulan pada Sabtu ini.

Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/ZM/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan