Sukan SEA: Kimberly Ong bawa pulang pingat emas kedua wushu bagi S'pura

(Gambar: Weixiang Lim/SportSG)
HANOI: Atlit wushu Kimberly Ong membawa pulang pingat emas yang kedua bagi Singapura dalam sukan wushu bagi acara gabungan daoshu dan gunshu wanita di Sukan SEA ke-31 pada Sabtu (14 Mei).
Ong mendahului rakan sepasukan Zoe Tan dan Hoang Thi Phoung Giang dari Vietnam.
Pada Jumaat (13 Mei), Ong mencatatkan markah 9.69 dalam bahagian gunshu dan menduduki tempat ketiga. Ong kemudian mendapat tempat pertama bagi acara daoshu pada Sabtu (14 Mei).
Ong dan Tan menyumbang pingat keempat dan kelima Singapura dalam sukan wushu di temasya kali ini.
Sebelum ini, Chan Jun Kai meraih pingat empas yang pertama bagi Singapura dalam sukan wushu bagi acara taijijian lelaki.
Pada Jumaat (13 Mei) pula, Jowen Ong meraih pingat perak bagi acara changquan lelaki, manakala Chan merangkul pingat gangsa bagi acara taijiquan lelaki.
Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.