Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA Kemboja dibuka secara rasmi

Anggaran Waktu Membaca:

PHNOM PENH: Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-32 dibuka secara rasmi di Stadium Morodok Techo yang berupaya menampung 60,000 penonton di Phnom Penh, Kemboja pada Jumaat (5 Mei). 

Ini merupakan kali pertama Kemboja menjadi tuan rumah kepada temasya sukan itu. 

Sukan SEA ke-32 akan menampilkan 36 sukan di beberapa bandar termasuk ibu kota Phnom Penh, Siem Reap dan Sihanoukville. 

Beberapa jam sebelum upacara pembukaan, ramai yang sabar menunggu di luar stadium bernilai AS$160 juta (S$212 juta) yang dibina dan direka oleh syarikat-syarikat dari China. 

Tiket Sukan SEA diberikan secara percuma kepada semua penonton, umum pihak penganjur sebelum ini.

Temasya sukan itu akan berlangsung dari 5 Mei hingga 17 Mei, diikuti dengan Sukan Para ASEAN ke-12 dari 3 Jun hingga 9 Jun.

Kontinjen Team Singapore akan membariskan seramai 558 atlit yang akan bertanding dalam 30 acara sukan di temasya tersebut. 

Saksikan Sukan SEA ke-32 Kemboja 2023 secara langsung di mewatch. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan