Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA ke-31 bakal berlangsung 12-23 Mei 2022 di Hanoi

Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam akan berlangsung dari 12 hingga 23 Mei tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA ke-31 bakal berlangsung 12-23 Mei 2022 di Hanoi

MOM diwakili tiga perwakilan diketuai Presidennya Mohamad Norza Zakaria, Naib Presiden Mumtaz Jaffar dan Setiausaha Agung Mohd Nazifuddin Mohd Najib. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 08 Dec 2021 10:00AM Dikemas Kini : 08 Dec 2021 09:26AM

KUALA LUMPUR: Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam akan berlangsung dari 12 hingga 23 Mei tahun depan.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam kenyataannya memaklumkan tarikh temasya dwitahunan itu disahkan pada mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) secara maya pada Selasa (7 Dis).

Menurut MOM, sebanyak 40 jenis sukan dan 526 acara akan dipertandingkan di temasya itu.

MOM diwakili tiga perwakilan yang diketuai oleh Presidennya Mohamad Norza Zakaria, Naib Presiden Mumtaz Jaffar dan Setiausaha Agung Mohd Nazifuddin Mohd Najib manakala Sieh Kok Chi turut hadir pada mesyuarat itu atas kapasiti sebagai Ahli Kehormat SEAGF.

MOM memaklumkan mesyuarat tersebut memutuskan Sukan SEA ke-32 di Kemboja akan diadakan dari 5 hingga 17 Mei 2023 dengan 42 jenis sukan dicadangkan daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC) untuk dipertimbangkan.

Sukan SEA ke-33 di Thailand pula akan diadakan di Bangkok pada 2025, namun tarikh, sukan dan acara akan disahkan kemudian.

“Mesyuarat Majlis SEAGF seterusnya untuk membincangkan penganjuran Sukan SEA ke-32 Kemboja akan diadakan pada Februari 2022 manakala perbincangan mengenai penganjuran Sukan SEA ke-31 di Vietnam akan diadakan pada 11 Mei 2022,” menurut MOM.

Pada Julai lalu, SEAGF mengesahkan Sukan SEA ke-31 yang dijadual berlangsung pada 21 November hingga 2 Disember lalu ditunda ke tahun depan disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Sumber : Bernama/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa