Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Elle Koh rangkul pingat emas ke-2 bagi S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Elle Koh rangkul pingat emas ke-2 bagi S'pura

Elle Koh (kiri) mengalahkan Kiria Tikanah dalam Sukan SEA ke-31. (Gambar: SNOC)

HANOI: Atlit lawan pedang berusia 14 tahun, Elle Koh, berjaya menumpaskan juara bertahan, Kiria Tikanah dalam peringkat akhir acara perseorangan lawan pedang wanita pada Jumaat (13 Mei), sekali gus merangkul pingat emas kedua bagi Singapura dalam Sukan SEA ke-31.

Elle, atlit paling muda dalam Team Singapore, mengalahkan Kiria 12-11.

Sebelum ini Elle berjaya menewaskan atlit Vietnam, Hong Vu Thi , 15-14 manakala Kiria mengalahkan atlit Thailand, Korawan Thanee, 15-12.

Pesilat negara, Iqbal Abdul Rahman merangkul pingat emas Singapura yang pertama pada Rabu (11 Mei) selepas menundukkan atlit Thailand, Ilyas Sadara dalam acara seni tunggal lelaki peringkat akhir.

Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan