Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Chan Jun Kai raih pingat emas pertama wushu bagi S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Chan Jun Kai raih pingat emas pertama wushu bagi S'pura

(Gambar: Weixiang Lim/SportSG)

HANOI: Atlit wushu, Chan Jun Kai berjaya meraih pingat emas yang pertama bagi Singapura dalam sukan wushu bagi acara taijijian lelaki di Sukan SEA ke-31 pada Sabtu (14 Mei). 

Chan mendapat tempat pertama setelah mencatatkan markah 9.72, yang kemudian disusuli oleh Nicholas Nicholas dari Indonesia (9.71 mata) dan Jones Llabres Inso dari Filipina (9.70 mata). 

Pingat yang dimenangi oleh Chan adalah yang ketiga bagi Singapura dalam sukan wushu. Ini juga adalah kali kedua Chan membuat penampilan dalam Sukan SEA. 

Pada Jumaat (13 Mei), Jowen Ong membawa pulang pingat perak bagi acara taijiquan lelaki. Chan pula menyumbang pingat gangsa bagi acara taijiquan lelaki. 

Pingat emas Chan ini merupakan pingat emas ketiga Singapura di temasya kali ini selepas pesilat negara, Iqbal Abdul Rahman dan atlit lawan pedang Elle Koh meraih pingat emas bagi acara masing-masing.

Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan