Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Atlit wushu negara Jowen Lim menang pingat perak; terlepas emas dengan hanya 0.001 mata

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Atlit wushu negara Jowen Lim menang pingat perak; terlepas emas dengan hanya 0.001 mata

(Gambar: Weixiang Lim/SportSG)

Diterbitkan : 13 May 2022 03:02PM Dikemas Kini : 13 May 2022 03:16PM

HANOI: Hanya 0.001 mata membezakan atlit wushu negara Jowen Lim daripada pesaingnya dari Malaysia Clement Ting untuk menggengam pingat emas dalam acara changquan lelaki.

Meskipun demikian, Lim meraih pingat pertama Singapura dalam acara wushu di Sukan SEA ke-31 di Hanoi pada Jumaat (13 Mei).

Lim menghimpun 9.70 mata daripada juri dalam acara yang berlangsung di Gimnasium Cau Giay.  

"Saya sebenarnya sangat gembira dengan persembahan saya. Sedikit gementar kerana ia adalah pertandingan pertama dalam tempoh tiga tahun," kata Lim  yang turut meraih emas 2017 dalam acara yang sama.

Bercakap kepada wartawan, Lim berkata: "Begitulah adat Wushu. Perbezaan markah sentiasa sangat kecil... Jadi apa yang perlu kami lakukan ialah mempamerkan yang terbaik dan biarkan juri yang buat keputusan."

Chan Jun Kai pula membawa pulang pingat gangsa dengan 9.57 mata dalam acara taijiquan lelaki.

Dengan kemenangan terbaru itu, pungutan pingat Singapura naik  kepada 10 dengan satu emas, lima perak dan empat gangsa.

Atlit silat negara Iqbal Abdul Rahman menyumbang pingat emas pertama Singapura pada Rabu. 

Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan