Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Atlit terjun cantik Avvir Tham sumbang pingat pertama Singapura, raih perak bagi 1m papan anjal

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Atlit terjun cantik Avvir Tham sumbang pingat pertama Singapura, raih perak bagi 1m papan anjal

(Gambar: Andy Chua/SportSG)

Diterbitkan : 09 May 2022 05:19PM Dikemas Kini : 10 May 2022 08:30AM

HANOI: Atlit terjun Avvir Tham menang pingat Sukan SEA ke-31 pertama Singapura dalam penampilan pertamanya di temasya sukan itu pada Isnin (9 Mei).

Tham, 17 tahun, raih pingat perak dalam peringkat akhir acara 1 meter papan anjal individu lelaki di Pusat Sukan Akuatik Hanoi, Vietnam.

Atlit Malaysia Ooi Tze Liang mempertahankan gelaran juara dalam acara tersebut manakala pingat gangsa dimenangi penerjun Thailand Chawanwat Juntaphadawon.

Pada temasya 2019, Singapura meraih pingat gangsa dalam acara itu menerusi Mark Tan, yang sudah bersara.

Tham adalah penerjun Singapura ketiga yang bertanding di temasya itu selepas Fong Kay Yian dan Mira Dewan pada Sabtu. Mereka masing-masing mendapat tempat kelima dan keenam dalam acara 1 meter papan anjal wanita.

Fong dan Ashlee Tan akan bersaing dalam acara 3 meter papan anjal seirama peringkat akhir wanita hari ini.

Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/SU/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa