Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Atlit Team S'pore masih berpeluang raih lebih banyak pingat

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Atlit Team S'pore masih berpeluang raih lebih banyak pingat

Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew. (Gambar fail: SNOC/Lim Weixiang)

HANOI: Pada hari kelapan Sukan SEA esok (20 Mei), pasukan Singapura masih boleh menambah pungutan pingat. Antara sukan-sukan yang akan dipertandingkan termasuk acara menembak dan kanu.

Singapura berharap untuk memberi persaingan sengit kepada Indonesia dan Malaysia dalam acara perseorangan badminton lelaki.

Juara dunia Loh Kean Yew berharap dapat melangkah masuk ke peringkat separuh akhir.

Loh yang berusia 24 tahun membawa pulang pingat perak pada 2019.

Abangnya Loh Kean Han pula akan beraksi dalam acara berpasangan esok bersama rakan gandingan, Terry Hee.

Dalam sukan kanu pula, Brandon Ooi akan cuba mendapatkan pingat emas kedua setelah kemenangan dalam acara 1,000 meter K2 bersama Lucas Teo.

Brandon akan bertanding dalam acara 500 meter K4 lelaki.

Martina Veloso dan Jasmine Ser pula berharap dapat membanggakan nama negara dalam sukan menembak bagi acara senapang angin 50 meter.

Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan