Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Alvin Woo catat sejarah, menang pingat emas acara xiangqi

Anggaran Waktu Membaca:

HANOI: Atlit negara Alvin Woo mencatat sejarah apabila menang pingat emas pertama bagi Singapura dalam acara catur Cina, 'Xiangqi standard' perseorangan lelaki pada Jumaat (20 Mei).

Ini merupakan pingat emas pertama bagi Singapura dalam acara xiangqi dan juga kali pertama xiangqi diadakan di temasya Sukan itu. 

Juara nasional xiangqi lapan kali itu menewaskan Hok Kung dari Kemboja dalam pusingan tujuh acara itu untuk merangkul pingat emas. 

Woo meraih tempat pertama bagi kesemua tujuh pusingan pertandingan itu. 

Sebelum ini, Woo yang berpasangan dengan Low Yi Hao membawa pulang pingat gangsa dalam acara pantas  setelah  mengalahkan Thailand 2-0. 

Singapura juga menang gangsa acara Xiangqi standard perseorangan wanita.

Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan