Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Acara terjun irama wanita 10 meter sumbang pingat perak

Anggaran Waktu Membaca:

HANOI: Team Singapore menang satu lagi pingat perak menerusi acara terjun cantik.

Atlit kembar Ong Rei En dan Ong Sze En mencatat kejayaan itu dalam acara terjun irama wanita 10 meter dalam penampilan sulung mereka di temasya Sukan SEA.

Pasangan berusia 18 tahun itu bermula di tangga terakhir, namun berjaya mengatasi Vietnam ke tempat kedua selepas terjenun kedua mereka.

Adik beradik itu mempertahankan kedudukan tersebut sehingga ke pusingan terakhir, untuk mencatat markah keseluruhan 225.42 mata.

Atlit Malaysia membolot pingat emas setelah mencatat 292 mata.

Singapura berjaya merangkul tiga pingat perak dan satu gangsa menerusi acara terjun cantik yang berakhir hari ini.

Dalam satu lagi acara terjun cantik, Avvir Tham gagal meraih pingat setelah menduduki tempat ke empat dalam acara terjun cantik lelaki 3 meter papan anjal.

Isnin lalu, Avvir meraih pingat perak dalam acara 1 meter papan anjal, iaitu pingat pertama Singapura bagi Sukan SEA ke-31 di Vietnam.

Anda boleh ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/ZM/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan