SUKAN SEA 2025: Usia bukan penghalang untuk individu-individu ini wakili negara
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pada usia 12 tahun, Anya Alessia Zahedi bak kecil-kecil cili padi.
Semangatnya untuk menang sangat kental di dalam air untuk mendapatkan pingat buat negara.
Pelayar muda itu merupakan antara atlet termuda dalam kontinjen negara bagi Sukan SEA ke-33 di Thailand.
"Saya rasa gementar tetapi saya juga rasa teruja. Ini pertama kali saya mewakili negara di temasya sukan dan saya benar-benar ingin melakukan yang terbaik tetapi saya sedar pertandingannya adalah amat sengit," kata Anya.
Meski baru berusia 12 tahun, Anya tetap tidak mengambil ringan persiapan untuk beraksi di temasya Sukan SEA Thailand.
Anya berlatih sekurang-kurangnya lima kali seminggu dan beraksi dalam pertandingan-pertandingan di dalam dan luar negara untuk memperkasa kemahiran pelayarannya.
Pertandingan-pertandingan itu juga dijadikan peluang keemasan untuk membuktikan kehebatannya dalam air.
Pada bulan lalu, Anya bukan sahaja merangkul pingat emas dalam Kejuaraan Asian dan Oceania Optimist bagi kategorinya.
Anya juga digelar sebagai pelayar wanita Asia terbaik bagi kejuaraan itu.

ADIK BERADIK ANYA DAN NIA AKAN CUBA BAWA PULANG PINGAT UNTUK SG
Anya akan beraksi di Sukan SEA Thailand dalam kategori Optimist.
Mujur bagi dirinya, Anya tidak akan bertanding di Sukan SEA keseorangan diri.
Kakaknya, Nia Mehry Zahedi, 15 tahun juga akan bertanding dalam kategori ILCA 4.
"Semasa pertandingan-pertandingan, saya dan kakak saya akan selalu saling memberi kata-kata motivasi. Kami tidak bertanding dalam kategori yang sama jadi kami tidak akan nampak satu sama lain semasa perlumbaan," kata Anya.
"Apabila saya tidak beraksi dengan baik, kakak saya akan mengajar saya bagaimana untuk memulakan perlumbaan dengan baik dan bermain dengan angin semasa perlumbaan. Saya pula hanya memberi kata-kata motivasi kepada dirinya kerana saya tahu dia lebih baik daripada saya," tambahnya lagi.
ATLET BERPENGALAMAN, RAHIMAH ABDUL AZIZ WAKILI NEGARA SEBAGAI PENGADIL HOKI 'INDOOR'
Keghairahan yang sama turut dirasakan Rahimah Abdul Aziz meskipun sudah mewakili negara dalam sukan hoki dalam dewan sejak 2017 lagi.
Pada 2019, pasukan negara berjaya merangkul pingat gangsa dalam sukan itu di Filipina.
Sukan hoki dalam dewan berlainan dari sukan hoki padang.
Perlawanan hoki dalam dewan dimainkan dalam gelanggang bersaiz lebih kecil dan tempoh perlawanan juga lebih singkat.
Pada usia 40 tahun, Rahimah merupakan antara pemain paling paling berusia dalam pasukannya.

"Sebagai pemain yang lebih berusia daripada yang lain, ada stigma jug tetapi ia penting, kalau kita ada semangat dan sokongan keluarga, kita masih boleh terus bersukan. Saya percaya pasti ada wanita lain yang lebih tua daripada saya yang masih ada semangat tetapi mereka tidak boleh teruskan. Kalau mereka akan sokongan, pastinya boleh," kata Rahimah.
"Dari segi pengalaman, saya cuba tolong atlet lebih muda. Ada yang baharu masuk sukan ini, peraturan pun berbeza-beza. Saya cuba tolong mereka yang takut-takut. Saya cuba membuat mereka rasa sebahagian daripada pasukan ini dan juga dari segi permainan, apa yang saya boleh kongsi dari segi pengalaman, saya kongsikan kepada mereka," tambahnya lagi.
Buat Sukan SEA kali ini, Rahimah mengambil peranan yang baharu - beliau akan mewakili negara sebagai pengadil pula.
Rahimah berkata: "Ia sangat berbeza. Sebagai pemain, kita fokus kepada perlawanan kita sahaja tetapi sebagai pengadil, kita perlu memantau seluruh perlawanan, perlu memantau kedua-dua pihak, jurulatih pun kita perlu urus. Kita perlu mengadil tanpa prejudis. Pertandingan sukan besar seperti ini, kita perlu ada kematangan, memberikan keputusan betul pada masa yang betul. Ia sangat berbeza sebagai pengadil dan pemain."
"Sebagai pemain, kita berlatih setiap latihan untuk ada persefahaman dengan pemain-pemain lain, tahu apa cara permainan pasukan. Sebagai pengadil, kita seorang diri. Kita perlu mengadili sendiri, kita tidak boleh tanya jurulatih kan kalau keputusan kita betul atau tidak? Kita perlu tahu peraturan lebih daripada cara permainan, jadi bila kita berikan keputusan dan pemain tanya tentang keputusan itu, kita perlu menjelaskan dengan tenang," tambah Rahimah lagi.
Kalau pemain menetapkan sasaran untuk memikul pingat untuk negara, sasaran Rahimah sebagai pengadil lain pula.
"Untuk mengadili perlawanan peringkat akhir, adalah impian mana-mana pengadil. Jadi saya harap dapat lakukannya di Thailand nanti," ujar Rahimah.
ATLET PALING BERUSIA KONTINJEN SG BERUSIA 75 TAHUN
Bagi atlet paling berusia untuk wakili negara ke Sukan SEA 2025, usia bukan penghalang.
Pada usia 75 tahun, ia tidak pernah terlintas dalam fikiran atlet sukan bola kayu, Tan Kok Tiong, bahawa dirinya akan mewakili negara dalam temasya Sukan SEA.
"Saya ingat, Sukan SEA hanya untuk orang muda sahaja," kata Encik Tan.

Beliau juga berkongsi matlamatnya semasa di temasya sukan itu nanti.
"Saya harap saya akan dapat memenangi pingat untuk Singapura dan saya juga harap saya akan dapat mempromosikan sukan ini ke tahap yang lebih tinggi, terutama sekali untuk golongan anak muda," ujar Encik Tan yang sudah bermain sukan bola kayu selama 20 tahun.
Encik Tan merupakan antara 12 atlet sukan kayu bola yang akan bertanding dalam enam kategori.
Pasukan bola kayu negara akan berhadapan dengan cabaran besar daripada pasukan gergasi sukan itu dari Indonesia.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.