SUKAN SEA 2025: Soh Rui Yong dibenar ikut serta beberapa hari setelah tidak lepasi saringan perubatan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pelari jarak jauh Soh Rui Yong dibenarkan bertanding dalam Sukan SEA yang bakal menjelang.
Ini selang beberapa hari selepas keadaan kesihatannya dilihat sebagai boleh menjejas penyertaaannya dalam Sukan SEA tersebut.
Semasa membalas pertanyaan Mediacorp, Persatuan Atletik Singapura menyatakan pada Isnin (8 Dis) bahawa atlet berusia 34 tahun itu dibenarkan secara perubatan untuk bertanding dalam acara sukan dwitahunan itu, yang dirasmikan pada Selasa (2 Dis) dan berakhir pada 20 Disember.
"Menyusuli penemuan yang membimbangkan semasa pemeriksaan rutin praSukan minggu lalu, Soh dirujuk untuk penilaian kardiologi pakar. Pakar itu menjalankan penilaian penuh dan menyimpulkan bahawa Soh cukup cergas untuk bertanding, tanpa sebarang masalah jantung yang akan menghalangnya daripada berlumba," tambah persatuan itu.
The Straits Times pertama kali melaporkan Khamis lalu bahawa warga Singapura itu mungkin terlepas bertanding dalam Sukan SEA menyusuli keputusan "tidak normal" daripada elektrokardiogram (ECG) beliau, yang mengukur degupan jantung.
Akhbar itu menyatakan bahawa memo hospital juga menasihatkan "penilaian kardiovaskular lanjut sebelum pelepasan".
Walau bagaimanapun, Soh mengambil bahagian dalam Maraton Standard Chartered Singapura pada hujung minggu, meraih kemenangan berganda dan memperoleh cek gabungan sebanyak S$15,000.
Beliau merangkul kejuaraan kebangsaan dengan catatan masa 2 jam 46 minit 23 saat pada Ahad, selepas memenangi gelaran separuh maraton kebangsaan pada hari sebelumnya (1:14:58).
Menurut maklumat yang diterbitkan di laman web Team Singapore, Soh dijadualkan bertanding dalam acara peringkat akhir 5,000 meter lelaki pada Sabtu dan acara peringkat akhir 10,000 meter pada 16 Disember di Stadium Suphachalasai, Bangkok.
Pada 2023, beliau menamatkan penantian Singapura selama 40 tahun untuk pingat Sukan SEA dengan pingat perak dalam acara 10,000 meter lelaki di Kemboja.
Saksikan Sukan SEA Thailand ke-33 2025 secara langsung di mewatch. Daftar masuk secara percuma di www.mewatch.sg/thailand2025 untuk menonton semua aksi, dan ikuti TikTok, Instagram dan Facebook Mediacorp Sports untuk lebih banyak perkembangan sukan terkini!

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.