SUKAN SEA 2025: SG buru kejutan besar dalam perlawanan bola sepak menentang Thailand
Tugas yang menanti Singapura amat mencabar.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tugas yang menanti Singapura amat mencabar. Untuk memastikan mereka dapat terus bertanding, pasukan Singa Muda bukan sahaja perlu menamatkan siri kekalahan selama 14 tahun di Sukan SEA semasa menentang tuan rumah Thailand pada Khamis (11 Dis), malah perlu menang besar.
Namun, ketua jurulatih Firdaus Kassim dan para pemainnya yakin mereka mampu mencipta kejutan besar di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, walaupun tewas 3–1 di tangan Timor-Leste dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A.
Bercakap kepada Mediacorp melalui telefon pada Rabu, Encik Firdaus berkata beliau mempunyai “keyakinan penuh terhadap para pemain” menjelang perlawanan terakhir Kumpulan A. Para pemainnya turut berkongsi keyakinan itu, meskipun mereka akur bahawa Thailand merupakan pasukan pilihan.
Apabila ditanya apa yang boleh dijangkakan para penyokong daripada Singapura, pemain pertahanan Andrew Aw memberikan jawapan tegas. “Kami sangat bersemangat untuk beraksi … memberikan segala-galanya,” kata pemain berusia 22 tahun itu.
“Itu mesej daripada jurulatih, daripada para pemain. Kami mahu mempamerkan prestasi yang bukan sahaja boleh kami banggakan, tetapi juga yang Singapura boleh banggakan.”
“Awak tahu … Thailand memang pasukan yang sukar, terutama sekali kerana mereka merupakan sebuah pasukan yang baik,” tambah pemain tengah Harith Danish, 17 tahun.
“Namun begitu, kami tetap akan memberikan segala yang kami mampu dan berjuang … untuk mendapatkan keputusan yang kami harapkan.”
Walaupun Singa Muda membuka tirai jaringan dalam perlawanan pertamanya Sabtu lalu, mereka gagal mengekalkan kelebihan itu – dan Thailand, yang menundukkan Timor-Leste dengan menyumbat enam gol dalam perlawanan pertama mereka, mampu menghukum sebarang pasukan yang leka.
Untuk menyekat Thailand, Harith sedar bahawa beliau dan rakan-rakan sepasukannya tidak boleh hilang tumpuan sama sekali.
“Saya rasa kami perlu kekalkan tumpuan 100 peratus dan berjuang sepanjang 90 minit,” kata beliau.
“Kami hilang tumpuan dan kelekaan itu … menghukum kami,” tambah Encik Firdaus.
Aw masih merasakan kepahitan daripada kekalahan 7–0 yang dialami Singa Muda di tangan Malaysia pada Sukan SEA 2023.
Sebagai salah seorang pemain yang masih kekal dalam skuad, beliau sedar kekalahan begitu besar boleh meruntun semangat seorang pemain.
“Saya pasti tidak akan melupakan perlawanan itu sepanjang hidup saya,” katanya.
Aw menggambarkan kekalahan itu sebagai suatu titik perubahan, menggunakan keperitan yang dirasai untuk membakar semangat demi memajukan kerjayanya.
Kekalahan kepada Timor-Leste merupakan satu lagi detik yang sukar, namun fokusnya kini hanya kepada Thailand.
“Saya rasa kami tidak boleh melupakan perlawanan itu, tetapi kami mesti melangkah ke hadapan,” katanya kepada Mediacorp.
“Sekarang, tumpuannya adalah pada apa yang boleh kami kawal, iaitu membuat persiapan terbaik bagi perlawanan menentang Thailand.”
Pasukan bola sepak lelaki bawah 22 tahun Singapura menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan pada temasya Sukan SEA yang lalu.
Kali terakhir pasukan Singa mara ke peringkat separuh akhir ialah pada 2013 dan sejak itu, mereka tersingkir di peringkat kumpulan dalam lima Sukan SEA berikutnya.
Namun, Encik Firdaus tetap menyasarkan keputusan terbaik – kemenangan besar yang akan membolehkan pasukannya mara ke pusingan seterusnya – dan menggesa pasukannya agar tidak membiarkan prestasi lampau “menjadi beban kepada kami”.
“Apa yang kami berikan dalam perlawanan lalu, apa yang kami sangka yang terbaik tidak mencukupi,” katanya. “Ini mesti berubah.”

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.