Skip to main content

Sukan

SUKAN SEA 2025: Ratu pecut SG Shanti Pereira pertahan mahkota 100m

Shanti Pereira berjaya mempertahankan kejuaraan 100 meternya di Sukan SEA ke-33 pada Khamis (11 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
SUKAN SEA 2025: Ratu pecut SG Shanti Pereira pertahan mahkota 100m
Shanti Pereira meraikan kemenangan selepas merangkul pingat emas dalam acara 100m wanita di Sukan SEA ke-33 di Stadium Suphachalasai, Bangkok, Thailand pada 11 Disember 2025. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
BANGKOK: Shanti Pereira berjaya mempertahankan kejuaraan 100 meternya di Sukan SEA ke-33 pada Khamis (11 Dis).

Di Stadium Nasional Suphachalasai di Bangkok, atlet Singapura itu merangkul pingat emas dalam pusingan akhir dengan catatan masa 11.37 saat.

Beliau sebelum itu memenangi pusingan saringan dengan masa 11.46 saat.

Cik Pereira menjuarai kedua-dua acara 100m dan 200m pada edisi Sukan SEA 2023, sekali gus menjadi wanita Singapura pertama yang merangkul pingat emas berganda bagi sukan pecut di temasya dwitahunan tersebut.

Beliau kemudian meraih satu pingat emas (200m) dan satu pingat perak (100m) di Sukan Asia pada tahun yang sama.

Sejak itu, dua tahun yang dilaluinya penuh dengan onak duri kehidupan.

Kecederaan pada 2024 menjejaskan persiapannya bagi Sukan Olimpik Paris, dan catatan masanya ketika itu jauh daripada prestasi terbaik yang pernah dicapai.

Awal tahun ini, Pereira meraih dua pingat perak di Kejohanan Asia pada Mei lalu.

Namun, atlet berusia 29 tahun itu terlepas peluang untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir 200m di Kejohanan Dunia pada September lalul.

Dalam acara pusingan akhir 100m lelaki, Marc Brian Louis terlepas peluang untuk meraih pingat selepas menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan catatan masa 10.32 saat.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita