SUKAN SEA 2025: Prestasi hebat atlet muda rangsang persiapan SG jadi tuan rumah pada 2029
Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Prestasi atlet muda Singapura di Sukan SEA ke-33 memberi petanda baik bagi masa depan, kata ketua Institut Sukan Berprestasi Tinggi (SSI) Su Chun Wei pada Sabtu (20 Dis).
Berucap pada sidang media di penghujung kempen itu, Dr Su berkata bahawa beliau akan merumuskan prestasi Singapura di Sukan SEA sebagai "prestasi cemerlang belia bagi masa depan dan kecemerlangan atlet veteran".
Beliau menambah bahawa bakat-bakat muda itu menandakan "masa depan yang sangat cerah" bagi sukan Singapura.
Dr Su berkata beberapa detik "bersejarah" tercipta oleh banyak bakat baharu, termasuk perenang berusia 14 tahun Julia Yeo dan pelayar berusia 12 tahun, Anya Zahedi.
Beliau menarik perhatian bahawa kira-kira 60 peratus daripada atlet negara membuat penampilan sulung mereka, dan separuh daripada mereka membawa pulang pingat.
"Ini ... menyokong masa depan kita untuk mencapai kejayaan dalam bidang sukan, terutamanya apabila Singapura bersiap sedia bagi usaha kita menjelang Sukan SEA 2029 yang akan diadakan di tanah air. Kita ingin menunjukkan prestasi luar biasa oleh Team Singapore," kata Dr Su.
"Sukan SEA ini memberi kita pendedahan yang sangat berharga untuk atlet baharu ini, membina asas untuk kejayaan masa depan."
Singapura menamatkan kempen Sukan SEA dengan memenangi 52 pingat emas, 61 pingat perak dan 89 pingat gangsa, dengan menduduki tangga kelima dalam kedudukan pingat keseluruhan.
Sebanyak 12 rekod Sukan SEA, 11 rekod negara dan 29 rekod peribadi terbaik dicatat pada edisi kali ini.
Pada Sukan SEA 2023, Singapura menamatkan kempen dengan 51 pingat emas, 43 perak dan 64 gangsa.
Kali ini, Singapura menghantar kontinjen Sukan SEA terbesar, dengan 926 atlet bertanding dalam 48 sukan, termasuk 548 atlet membuat penampilan pertama.
Kontinjen tersebut mempunyai umur median keseluruhan 23 tahun, manakala atlet yang membuat penampilan pertama mempunyai umur median 21 tahun.
Pencapaian cemerlang di Sukan SEA termasuk pasukan Bola Keranjang 3x3 Lelaki yang memenangi pingat perak Sukan SEA pertama Singapura dalam sukan itu.
Calvin Quek (lompat pagar 400 meter) dan atlet terjun cantik Avvir Tham juga memenangi pingat emas buat kali pertama dalam 60 tahun bagi acara masing-masing.
Antara bintang utama Singapura ialah ratu pecut Shanti Pereira, yang menjadi wanita Singapura yang pertama mempertahankan kejuaraan dalam kategori 100 meter dan 200 meter, serta perenang Gan Ching Hwee, yang membolot kesemua acara 200 meter, 400 meter, 800 meter gaya bebas untuk kali ketiga berturut-turut.
Perenang Letitia Sim mengakhiri kempen sebagai atlet Singapura yang paling banyak memenangi pingat, dengan lima emas dan lima rekod Sukan SEA.
"Sepanjang beberapa minggu yang lalu, kita telah menyaksikan banyak detik dan prestasi yang sangat memberikan inspirasi dan benar-benar mencerminkan dedikasi, daya tahan, serta potensi besar atlet kita," kata setiausaha agung Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) Mark Chay.
"Di samping kejayaan ini, terdapat juga pelajaran berharga yang dipelajari. Detik-detik untuk direnungkan ini adalah penting kerana kita terus berusaha secara kolektif untuk meningkatkan standard di seluruh ekosistem sukan kita."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.