SUKAN SEA 2025: Persembahan visual memukau, mesej perpaduan warnai upacara perasmian di Bangkok
Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Acara yang bukan sahaja menampilkan persembahan visual yang mengagumkan, tetapi juga membawa mesej perpaduan serantau mewarnai upacara pembukaan Sukan SEA ke-33 pada Selasa (9 Dis).
Di Stadium Rajamangala di Bangkok, pertikaian di sempadan antara Thailand dan Kemboja ibarat hampir dilupakan sedang edisi terbaharu acara sukan terbesar di rantau ini dirasmikan.
Ini merupakan kali ketujuh Thailand menjadi tuan rumah temasya tersebut, dan yang pertama sejak 2007.
Ia pertama kali dianjurkan di Bangkok pada 1959, ketika ia dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP).
Sukan SEA 2025 akan berlangsung dari 9 Disember hingga 20 Disember, dengan beberapa sukan seperti bola sepak, besbol dan badminton sudahpun bermula.

Singapura menghantar kontinjen terbesarnya ke Sukan SEA 2025 kali ini dengan 930 atlet bakal bertanding dalam 48 acara sukan.
Upacara tersebut, dengan tema utama “We are One”, turut dibuka dengan ratusan dron di udara, membentuk logo Sukan SEA ke-33, diikuti siri nombor yang mewakili data utama Sukan itu.
Semasa perarakan masuk negara peserta, 112 atlet dan pegawai Team Singapore ditampilkan, dengan diketuai pembawa bendera Noah Lim (ju-jitsu) dan Yeo Jia Min (badminton).
Ikuti Sukan SEA ke-33 Thailand 2025 secara langsung di mewatch. Daftar masuk secara percuma di mewatch.sg/thailand2025 untuk mengikuti semua aksi, dan ikuti TikTok, Instagram dan Facebook Sukan Mediacorp untuk lebih banyak kemas kini sukan

Sumber : CNA/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.