SUKAN SEA 2025: Persatuan Badminton SG intai 4 pingat; Loh Kean Yew, Yeo Jia Min sasar pingat emas acara perseorangan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menyusuli tahun yang mencabar bagi pemain badminton negara Loh Kean Yew dan Yeo Jia Min, mereka berusaha mengubah nasib masing-masing di dalam temasya Sukan SEA yang akan diadakan pada Disember.
Pemain badminton nombor sembilan terbaik di dunia, Loh dan Yeo yang menduduki tangga ke-19 dalam senarai pemain badminton dunia menyasarkan pingat emas dalam acara perseorangan di Sukan SEA Thailand, dengan sasaran empat pingat ditetapkan oleh Persatuan Badminton Singapura (SBA) bagi kontinjennya seramai 18 pemain.
"Persatuan Badminton Singapura menitikberatkan dan memberi keutamaan kepada kejohanan yang sangat penting ini," kata ketua pegawai eksekutif SBA Woo Kaiwei di sesi media pada Khamis (6 Nov).
"Secara keseluruhan, saya boleh katakan bahawa kami berasa cukup yakin, dan kami berharap ... semua rakyat Singapura akan memberi sokongan mereka."
Beberapa atlet terbaik di dunia dijangka akan bertanding dalam temasya sukan itu, termasuk pemain badminton nombor ketiga terbaik di dunia, Kunlavut Vitidsarn serta juara beregu campuran dunia dari Malaysia, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, serta pasangan beregu lelaki nombor dua di dunia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
"Terdapat banyak pemain hebat dari negara-negara lain... Ia bukan satu pertandingan yang mudah," kata Loh.
"Semua orang menyasarkan pingat emas, dan semuanya berjuang untuk mendapatkan pingat emas. Kami akan cuba sebaik mungkin dan terus berjuang."
Singapura meraih tiga pingat gangsa dalam edisi terakhir Sukan SEA di Kemboja, dalam acara berpasukan lelaki dan wanita serta beregu lelaki.
Walaupun Loh dan Yeo mengambil bahagian dalam acara berpasukan, mereka tidak bermain dalam acara perseorangan lelaki dan wanita kerana pertindihan jadual dengan Piala Sudirman BWF, yang diadakan di Suzhou, China.
"Edisi lalu, saya tidak berpeluang beraksi dalam acara perseorangan, jadi saya sangat menantikan edisi ini dan matlamatnya juga pasti untuk mendapatkan pingat emas, tidak kira sama ada negara lain menghantar pemain terbaik mereka atau tidak," kata Yeo.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.